Susunatur Base DinoMalaysia
update 2.10.17
Post ini berkaitan dengan susunatur base DinoMalaysia dan juga merupakan pengenalan base kepada ahli yang baru menyertai DinoMalaysia
sebelum post ini ditulis DinoMalaysia mempunyai kira-kira 216 tapak domain yang dikongsi bersama termasuk enclave. Pada hari ni dijangka hampir mencecah 280 domain. Jumlah rasmi domain belum dikira.
Kita mengamalkan konsep semua domain adalah milik bersama. Ini bermaksud keseluruhan domain yang ada kita akan gunakan bersama. Leader clan akan mengatur susunatur base ini. Apa-apa cadangan menarik, kita sedia menerima dan berbincang bersama. Dengan mengamalkan konsep sebegini, kita dapat merapatkan jurang komunikasi dan menjadikan clan ini lebih lebih sistematik.
ini merupakan plan base DinoMalaysia pada hari ini. Garisan putih menunjukkan perimeter base manakala garisan merah adalah cadangan untuk penambahan domain dari ahli baru.
4 rumah yang berada ditengah-tengah base adalah merupakan rumah khas untuk penyimpanan dapur.
1 lagi rumah adalah digunakan untuk semua ahli clan tidur. Selain dari rumah utama, ahli clan boleh tidur dimana-mana rumah yang ada disekitar base ini.
Dihadapan dapat terdapat satu Clan Storage (CS). CS ini juga dikenali sebagai CS Dapur. Ianya digunakan untuk menyimpan semua makanan untuk ahli clan. Pelbagai jenis-jenis makanan terdapat didalam ini. Sila makan mengikut keperluan tugas masing-masing. Bagi yang belum mahir memilih makanan, sila makan makanan yang ada dalam slot "energy".
kotak-kotak dihadapan CS Dapur ini adalah bahan-bahan masakan chef yang belum siap. Hanya makanan didalam CS Dapur sahaja boleh diambil oleh ahli clan
Beberapa bangunan unik ini dikenali sebagai Research Center (RC). setiap RC mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Untuk mengaktifkan 1 RC ini memerlukan perbelanjaan 10K sehari. Sebelum mengaktifkan RC ini sila membuat pertimbangan yang sebaiknya.
Pihak Builder kita akan menambah beberapa lagi RC memandangkan ahli clan semakin bertambah.
kotak-kotak yang berada dihadapan signboard SEED ONLY adalah pusat penyimpanan seed rezab
8 CS ini juga dikenali sebagai Storage Pusat.
Penerangan lengkap setiap CS adalah didalam post yang sebelum ini. Sila melalui link ini
http://dinomalaysia.blogspot.com/2017/09/pengurusan-clan-storage.html
dihadapan ini juga ada 8 box Armory khas penyimpanan tools dan weapon. Semua ahli boleh mengambil tools disana mengikut jumlah yang diperlukan
Rumah kecil ini merupakan ofis khas utk membuat tools. disekitar ini adalah kotak dan fasiliti untuk pembuatan tools
Sini dulu tapak asal untuk box tailor. memandangkan ahli ini telah pencen, kawasan ini dibiarkan kosong. Ini adalah salah satu kelemahan sistem perkongsian domain. Walaupun adalah kelemahan sebegini, kebaikannya lebih banyak dari kelemahan. Kita boleh gunakan pelbagai alternatif lain dalam susunatur base ini.
Sini pula merupakan kawasan khas untuk trim dan compress secara pukal.
Zone khas penggunaan Klin
Bahagian ini adalah tempat untuk team tailor menjahit pakaian dan kelengkapan lain. berhampiran ini akan ada 2 CS khas. 1 CS untuk tailor dan 1 lagi CS untuk penyimpanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
dihadapan ini nanti akan disediakan 1 box khas untuk ahli meletakkan pakaian yang rosak untuk direpair oleh tailor
Disini adalah ladang khas untuk penanaman flax dan cotton. satu CS khas untuk penyimpanan flax dan cotton.
3 Gambar dibawah ini adalah fasa ke dua pembangunan base.
semua kawasan ini adalah untuk penanaman buah-buahan, bunga dan sayur yang tumbuh dalam masa yang lama.
Gambar diatas ini menunjukkan satu kawasan yang ditutup dengan wall. Ini merupakan kawasan khas penyimpanan Pet dari Reward Out Post dan bahan-bahan yang terkawal. Hanya beberapa Individu yang diamanahkan menjaga barang ini boleh memasuki kawasan ini.
Kawasan khas ini adalah kawasan pembuatan Pro Bow. MicRayner dan Rango berkemahiran menbuat bow ini. Sila berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan bow percuma anda.
semua yang didalam gambar ini adalah kawasan khas untuk Team Chef kita.
Jangan lupa minum kopi untuk menurunkan fatique anda :)

Pada asalnya ini merupakan kawasan untuk tailor. Pada hari ini rumah ini telah diserahkan kepada team builder.
Sini adalah kawasan rezab untuk peracangan masa depan. Sementara ini, Builder menggunakan kawasan ini untuk tugas-tugas building
dihadapan ini nanti akan disediakan 1 box khas untuk ahli meletakkan pakaian yang rosak untuk direpair oleh tailor
Disini adalah ladang khas untuk penanaman flax dan cotton. satu CS khas untuk penyimpanan flax dan cotton.
3 Gambar dibawah ini adalah fasa ke dua pembangunan base.
semua kawasan ini adalah untuk penanaman buah-buahan, bunga dan sayur yang tumbuh dalam masa yang lama.
Gambar diatas ini menunjukkan satu kawasan yang ditutup dengan wall. Ini merupakan kawasan khas penyimpanan Pet dari Reward Out Post dan bahan-bahan yang terkawal. Hanya beberapa Individu yang diamanahkan menjaga barang ini boleh memasuki kawasan ini.
Kawasan khas ini adalah kawasan pembuatan Pro Bow. MicRayner dan Rango berkemahiran menbuat bow ini. Sila berjumpa dengan mereka untuk mendapatkan bow percuma anda.
Jangan lupa minum kopi untuk menurunkan fatique anda :)

Cun.
ReplyDelete